Monday, November 23, 2009

Kelebihan Surah Al-kauthar





سورة الكوثر

إِنَّا أَعْطَيْنَاكَ الْكَوْثَرَ (1) فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ (2) إِنَّ شَانِئَكَ هُوَ الْأَبْتَرُ (3


Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat& diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga.Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susudan lebih wangi daripada kasturi.




Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. Kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.




a) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t.makbulkan doa kita.




b) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher,Insya'Allah hilang dahaga.




c) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawaryang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.




d) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahanAllah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.




e) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.




f) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyukketika menunaikan solat.




g) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t.akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah

Aktiviti anak2 bertuah


Anak2 bertuah ni, kalau sehari tak dpt naik beskal tak sah...

La ni musim ujan, jd nak main pun kena la dlm kawasan umah je..








Anak2 bertuah ibu, yg sentiasa ceria....


Friday, November 20, 2009

Makan2.... ngan family.


Sekali-sekala balik kuar makan malam kat luar...




Mak...abah...abang...n adik....











Emm.... anak2 bertuah berselera makan ngan tok wan n opah....
















Thursday, November 19, 2009

anak arnab kami...





Dalam n3 sebelum ni, saya ada cite pasal arnab kami yang tak membiak2 pun...
Alhamdulillah...

Rupa- rupanya tanpa kami sedari....

ada beberapa ekor arnab yg telah lahir...



Semuanya 8 ekor... tapi yang tinggal 3 ekor jer...

ComeL.......

Thursday, November 12, 2009

Solat








Nabi Muhammad S.A.W. menyebut solat itu tiang agama, barangsiapa yg mendirikan solat, maka dia telah mendirikan agamanya, dan barangsiapa yg meninggalkan solat, ia telah meruntuhkan agamanya.
Rasulullah diperlihatkan pada suatu kaum yang menghentak kepala mereka pada batu pada malam Isra` dan Mi`raj. Setiap kali hentakan itu menyebabkan kepala pecah, kemudian ia kembali kepada keadaan asal dan mereka tidak berehat daripada melakukannya.
Lalu Rasulullah bertanya:" Siapa ini wahai Jibril"? Jibril menjawab: "Mereka ini orang yang berat kepala untuk menunaikan sembahyang fardhu". ( Riwayat Tabrani )
Orang yang meninggalkan sembahyang akan dimasukkan ke dalam Neraka Saqar. Firman Allah s.w.t. bermaksud: "(Setelah melihat orang-orang yang bersalah itu, mereka berkata):"Apakah yang menyebabkan kamu masuk ke dalam Neraka ( Saqar ) ?". Orang-orang yang bersalah itu menjawab: " kami tidak termasuk dalam kumpulan orang-orang yang mengerjakan sembahyang." ( Ayat: 42-43 Surah Al -Muddassir )

12 AZAB BAGI MEREKA YANG MENINGGALKAN SEMBAHYANG

Tiga darinya akan dirasainya semasa di dunia ini antaranya :-

1. Allah S.W.T akan menghilangkan berkat dari usahanya dan begitu juga terhadap rezekinya.
2. Allah S.W.T mencabut nur orang-orang mukmin daripadanya.
3. Dia akan dibenci oleh orang-orang yang beriman.

Tiga macam bahaya adalah ketika dia hendak mati, antaranya:

1. Ruh dicabut ketika dia di dalam keadaan yang sangat haus walaupun ia telah meminum seluruh air laut.
2. Dia akan merasa yang amat pedih ketika ruh dicabut keluar.
3. Dia akan dirisaukan akan hilang imannya.

Tiga macam bahaya yang akan dihadapinya ketika berada di dalam kubur, antaranya :-

1. Dia akan merasa susah terhadap pertanyaan malaikat mungkar dan nakir yang sangat menggerunkan.
2. Kuburnya akan menjadi cukup gelap.
3. Kuburnya akan menghimpit sehingga semua tulang rusuknya berkumpul (seperti jari bertemu jari).

Tiga lagi azab nanti di hari kiamat, antaranya :

1. Hisab ke atasnya menjadi sangat berat.
2. Allah S.W.T sangat murka kepadanya.
3. Allah S.W.T akan menyiksanya dengan api neraka

Tuesday, November 10, 2009

Hasil kreativiti anak2 bertuah...




Tak larat ibu nak larang.. setiap kali jumpa sticker semua nak di lekat...






Habis pintu peti ais penuh dengan sticker... anak2 bertuah punye keje... biarlah.. budak2...


gambar tak clear... guna fon..

Monday, November 9, 2009

mandi -manda di air terjun Titi hayun


sekali-sekala time cuti, bawa anak2 bertuah berendam..






seronokkk...






anak2 bertuah seronok dpt main air... abg pun sama... jalankan sekali operasi mengutip batu...

bAliK KamPung....




Balik kampung...
Insya Allah, lagi 4 hari kami sekeluarga akan balik ke kuala lipis, pahang...
emm.. rindunya kat mak abah..
rindunya kat masakan mak yang sedap tu...
Dah beberapa bulan tak berjumpa ngan mak abah..
RinDu....

Saturday, November 7, 2009

Penawar di kala kepenatan.....


Bagi mengatasi kepenatan melaksanakan tugas-tugas seharian sama ada di rumah mahupun di tempat kerja, bolehlah jadikan petua yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. kepada puteri kesayangannya Saidatina Fatimah sebagai penawarnya.


Suatu hari Saidatina Fatimah mengadu kepada suaminya Saidina Ali bin Abu Talib tentang kesakitan pada tangannya kerana keletihan menggiling gandum untuk membuat roti.


Saidina Ali berkata :"Bapa kamu telah datang membawa balik tawanan perang. Berjumpalah dia dan mintalah seorang khadam untuk membantu mu."


Saidatina Fatimah pergi bertemu bapanya dan menyatakan hasrat untuk mendapatkan seorang khadam bagi membantu tugas hariannya di rumah.


Bagaimanapun Rasulullah s.a.w. tidak mampu memenuhi permintaan anak kesayangannya itu.


Lalu Baginda s.a.w. pergi menemui puterinya serta menantu itu. Baginda s.a.w. berkata:"Apa kamu berdua mahu aku ajarkan perkara yang lebih baik daripada apa yang kamu minta daripadaku? Apabila kamu berdua berbaring untuk tidur, bertasbihlah (Subhanallah) 33 kali, bertahmid (Alhamdulillah) 33 kali dan bertakbir (Allahuakbar) 33 kali. Ia adalah lebih baik untuk kamu berdua daripada seorang khadam."


Inilah penawar ringkas yang Nabi s.a.w. ajarkan kepada anak dan menantunya bagi meringankan keletihan dan kesusahan hidup mereka berdua.Saidina Ali terus mengulang-ulang kalimah-kalimah Rasulullah.s. a.w. ini.Katanya "Demi Allah aku tidak pernah meninggalkannya semenjak ia diajarkan kepadaku."


Dicadangkan kepada ibu-ibu, suami-suami atau sesiapa sahaja yang merasai kepenatan setelah melakukan tugas-tugas harian supaya mengamalkan membaca 'Subhanallah' (33 kali), 'Alhamdulillah' (33 kali) dan 'Allahuakbar' (33 kali) pada setiap malam iaitu sebelum melelapkan mata.


Lakukanlah dengan penuh ikhlas dan istiqamah (berterusan) , Insya- Allah petunjuk Nabawi ini mampu menyelesaikan bebanan-bebanan hidup seharian kita. Akan terserlah ceria di wajah pada keesokan hari dengan senyuman.


"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun" (Sabda Rasulullah SAW)"


Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."

Tuesday, November 3, 2009

Tanda2 berbohong..

Menyentuh hidung
Apabila seseorang itu berbohong, tisu-tisu erektil pada hidungnya akan dipenuhi darah menyebabkan ianya membesar. Fenomena ini juga dikenali sebagai kesan pinocchio. Jadi, apabila si dia bercakap dengan anda dan kerap menyentuh hidung yang tidak gatal, sebenarnya ada sesuatu yang diselindungkannya.


Menutup mulut
Ada sesetengah orang meletakkan tangan di atas mulut mereka apabila berbohong. Ini merupakan satu tindak balas automatik yang lahir dari segi psikologi kerana dari kecil lagi sudah dididik untuk tidakberbohong. Apabila mulut mengeluarkan kata-kata dusta, tangan cubamenghalangnya.


Gagap
Apabila seseorang yang bercakap lancar dan licin tiba-tiba gagapmerupakan tanda-tanda sedang mengalami tekanan emosi. Sekiranya tiadaapa-apa petunjuk bahawa tekanan ini disebabkan perkara lain seperti sedih, pilu, marah dan sebagainya, kemungkinan besar orang tersebut berbohong. Jadi, jika anda bertanya pada teman lelaki/suami anda dan sidia gagap untuk menjawabnya, maka anda tahu membuat kesimpulan atas tindakannya itu.


Pergerakan mata
Orang yang berbohong akan cuba meyakinkan pendengarnya dengan memandangtepat pada mata mangsa. Oleh itu,sekiranya kelipan mata berkurangandari kadar biasa, ini mungkin tanda berbohong. Sebaliknya, ada jugakeadaan dimana sekiranya mata seseorang itu tiba-tiba berkedip denganbanyaknya, ini merupakan tanda-tanda tekanan perasaan yangberkemungkinan disebabkan berbohong juga. Kerlipan mata yang normal sahaja menunjukkan dirinya tidak berbohong.


Melengah-lengahkan jawapan
Orang yang berbohong perlu berfikir sebentar untuk mereka cipta pembohongannya. Berfikir terlalu lama, berdehem, batuk dan sebagainyamerupakan tanda-tanda bahawa orang tersebut mungkin berdusta.


Resah
Orang yang berdusta kerap gelisah dan mengubah-ubah posturnya. Apabilaseseorang yang dalam keadaan tenang tiba-tiba sahaja menjadi resah dantidak senang duduk apabila berhadapan dengan sesuatu soalan, ini berkemungkinan merupakan bahawa seseorang itu sedang berbohong.

Kesimpulannya, sekiranya kita ingin mengesan sama ada seseorang itu berbohong, kita perlu sentiasa memerhatikan air muka dan gerak badannya dengan teliti. Body language sudah boleh menunjukkan sama ada dirinya berbohong atau tidak. Sebarang perubahan dari keadaan normal mungkinmerupakan tanda orang tersebut berbohong. Wallahua’lam..