Anda mungkin mempelajari sesuatu jika membacanya.....
- Bersedekahlah kepada orang lain lebih drp yang mereka perlukan dan lakukanlah dengan penuh kerelaan.
- Usahlah mempercayai segala perkara yang anda dengari. Berbelanjalah sekadar apa yang ada.
- Apabila anda berkata "aku cinta padamu" maka tunaikanlah. Apabila anda mengatakan "maaf", tenunglah matanya.
- Usahlah tertawakan impian orang lain.Manusia tanpa impian tidak memiliki apa2.
- Cintailah seseorang dgn sepenuh hati dan penuh kasih sayang. Sesungguhnya anda akan berasa seolah-olah diri anda terseksa,tetapi percayalah itu adalah satu2nya untuk melengkapkan kehidupan ini.
- Berbicaralah dengan tenang dan berfikirlah dengan pantas.
- Apabila seseorang bertanyakan satu soalan yang tidak anda gemari, lontarkanlah senyuman dan bertanyalah padanya " kenapa anda ingin tahu?"
- Ingatlah bahawa cinta dan pencapaian yang besar akan melibatkan pengorbanan dan risiko yang besar.
- Apabila anda kerugian, janganlah jadi kurang ajar.
- Usah benarkan pertikaian yang sebesar hama merosakkan sebuah persahabatan yang besar.
- Apabila menyedari bahawa anda telah melakukan kesalahan, usahlah berlengah untuk memperbetulkan kesalahan itu...
No comments:
Post a Comment