Monday, December 28, 2009
Amalan yang terbalik.....

Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-
1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?
2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.
3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik, kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.
4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.
5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.
6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?
7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.
8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan $20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar $15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.
9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.
10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumah tangga kurang bahagia.
Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaraan agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita. Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita.
Tuesday, December 22, 2009
Thursday, December 17, 2009
Wednesday, December 16, 2009
main bowling.....
Friday, December 11, 2009
Tuesday, December 8, 2009
1...2...3...4

Satu
Kasih yang abadi
Tiada tandingi
Dia yang Satu
Dua
Sayang berpanjangan
Membawa ke syurga
Kasihnya ibu
Tiga
Lapar dan dahaga
Rela berpayahan
Setianya ayah
Empat
Mudah ku ketemu
Berhati selalu
Beza antara kasih dan kekasih
Ibu ku ingat dahulu
Menyisir rambutku
Kemas selalu
Ayah menghantar kesekolah
Bergunalah ilmu
Bila dewasa
Sayang dengar lagu ini
Untuk kau sandarkan
Buat pedoman
Jangan manis terus ditelan
Pahit terus dibuang
Itu bidalan
Harus kau renungkan
Andai kau beroleh bahagia
Ingat itu bukan untuk selamanya
Andai kau dalam sengsara
Ingat itu bukan untuk selamanya
Hidup ini sementara.
Rela berpayahan
Setianya ayah
Empat
Mudah ku ketemu
Berhati selalu
Beza antara kasih dan kekasih
Ibu ku ingat dahulu
Menyisir rambutku
Kemas selalu
Ayah menghantar kesekolah
Bergunalah ilmu
Bila dewasa
Sayang dengar lagu ini
Untuk kau sandarkan
Buat pedoman
Jangan manis terus ditelan
Pahit terus dibuang
Itu bidalan
Harus kau renungkan
Andai kau beroleh bahagia
Ingat itu bukan untuk selamanya
Andai kau dalam sengsara
Ingat itu bukan untuk selamanya
Hidup ini sementara.
Suka hayati lirik lagu ni... menyentuh perasaan....
Monday, December 7, 2009
gi zoo...
Thursday, December 3, 2009
Monday, November 23, 2009
Kelebihan Surah Al-kauthar

إِنَّا أَعْطَيْنَاكَ الْكَوْثَرَ (1) فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ (2) إِنَّ شَانِئَكَ هُوَ الْأَبْتَرُ (3
Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat& diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga.Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susudan lebih wangi daripada kasturi.
Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. Kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.
a) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t.makbulkan doa kita.
b) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher,Insya'Allah hilang dahaga.
c) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawaryang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.
d) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahanAllah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.
e) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.
f) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyukketika menunaikan solat.
g) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t.akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah
Friday, November 20, 2009
Thursday, November 19, 2009
anak arnab kami...
Thursday, November 12, 2009
Solat


Nabi Muhammad S.A.W. menyebut solat itu tiang agama, barangsiapa yg mendirikan solat, maka dia telah mendirikan agamanya, dan barangsiapa yg meninggalkan solat, ia telah meruntuhkan agamanya.
Rasulullah diperlihatkan pada suatu kaum yang menghentak kepala mereka pada batu pada malam Isra` dan Mi`raj. Setiap kali hentakan itu menyebabkan kepala pecah, kemudian ia kembali kepada keadaan asal dan mereka tidak berehat daripada melakukannya.
Lalu Rasulullah bertanya:" Siapa ini wahai Jibril"? Jibril menjawab: "Mereka ini orang yang berat kepala untuk menunaikan sembahyang fardhu". ( Riwayat Tabrani )
Orang yang meninggalkan sembahyang akan dimasukkan ke dalam Neraka Saqar. Firman Allah s.w.t. bermaksud: "(Setelah melihat orang-orang yang bersalah itu, mereka berkata):"Apakah yang menyebabkan kamu masuk ke dalam Neraka ( Saqar ) ?". Orang-orang yang bersalah itu menjawab: " kami tidak termasuk dalam kumpulan orang-orang yang mengerjakan sembahyang." ( Ayat: 42-43 Surah Al -Muddassir )
12 AZAB BAGI MEREKA YANG MENINGGALKAN SEMBAHYANG
Tiga darinya akan dirasainya semasa di dunia ini antaranya :-
1. Allah S.W.T akan menghilangkan berkat dari usahanya dan begitu juga terhadap rezekinya.
2. Allah S.W.T mencabut nur orang-orang mukmin daripadanya.
3. Dia akan dibenci oleh orang-orang yang beriman.
Tiga macam bahaya adalah ketika dia hendak mati, antaranya:
1. Ruh dicabut ketika dia di dalam keadaan yang sangat haus walaupun ia telah meminum seluruh air laut.
2. Dia akan merasa yang amat pedih ketika ruh dicabut keluar.
3. Dia akan dirisaukan akan hilang imannya.
Tiga macam bahaya yang akan dihadapinya ketika berada di dalam kubur, antaranya :-
1. Dia akan merasa susah terhadap pertanyaan malaikat mungkar dan nakir yang sangat menggerunkan.
2. Kuburnya akan menjadi cukup gelap.
3. Kuburnya akan menghimpit sehingga semua tulang rusuknya berkumpul (seperti jari bertemu jari).
Tiga lagi azab nanti di hari kiamat, antaranya :
1. Hisab ke atasnya menjadi sangat berat.
2. Allah S.W.T sangat murka kepadanya.
3. Allah S.W.T akan menyiksanya dengan api neraka
Tuesday, November 10, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)