Tuesday, January 12, 2010

Untuk wanita yang nak sihat....

1.Terlalu lama berdiri - merosakkan tulang. Urat - urat sekitar kaki menjadi kembang. Liang vagina sentiasa basah.

2. Terlalu lama duduk - merosakkan lipatan daging. Akan mudah dihinggapi penyakit tua. Tubuh badan menjadi kendur.

3. Terlalu lama berjalan - merosakkan urat. Dalam pada itu haid akan menjadi tidak teratur dan tidak menentu masanya.

4. Terlalu lama melihat - merosakkan darah. Darah haid menjadi lebih kotor dari kebiasaannya.

5. Terlalu banyak tidur - merosakkan tenaga. Menjadi pemalas. Jauh jodoh.Selalu berangan-angan. Urat - urat disekitar rahim menjadi tidak kuat. Mudah dijangkiti kemandulan.

6. Terlalu riang/gembira - merosakkan usus. Mudah dijangkiti keputihan pada liang vagina.

7. Terlalu kerap marah - merosakkan hati. Cepat kelihatan tua.

8. Terlalu banyak berfikir - merosakkan limpa. Kulit muka cepat berkedut. Haid tidak menentu & dalam waktu tidur kerap mengalami sentakan kaki atau tangan. Kesihatan rahim sekitarnya mudah terjejas.

9. Terlalu banyak bersedih - merosakkan jantung.

10. Terlalu merana - merosakkan paru-paru.

11. Terlalu takut - merosakkan ginjal. Apabila fungsi ginjal terjejas, boleh mengakibatkan gejala kencing manis dan lemah jantung.

12. Terlalu kerap terkejut - merosakkan pundi hempedu. Gejala pening kepala kerap dialami. Haid menjadi tidak menentu dan pendarahan yang terkadang terlebih.

13. Terlalu banyak makan - merosakkan pencernaan. Mudah mengalami keletihan, malas dan selalu mengantuk. Liang vagina kurang bersih (semakin banyak 'ragam' lauk/makanan yang dimakan, semakin terjejas kesihatan dan kebersihan liang vagina)

14. Terlalu banyak minum minuman berais - merosakkan otot & lambung. Badan dan payudara menjadi lembik. Berat badan meningkat. Mudah diserang penyakit & tidak kelihatan awet muda

15. Terlalu banyak masa lapang - merosakkan fikiran. Kelapangan masa yang terlalu banyak menimbulkan berbagai khayalan dan menimbulkan berbagai penyakit jiwa, kecuali masa lapang diisi dgn aktiviti hidup yg positif .



smile until you cant smile;

Saturday, January 9, 2010

Pengasuh....

Pagi tadi dpt panggilan dr kak nobi (pengasuh anak).
Dengan bercakap sambil menangis dia kata
dia tak dapat nak mengasuh anak2 lg..
kesihatannya tidak mengizinkan...
Sekarang ni susah nak cari pengasuh..
tambah lg nak cari mcm k.nobi yg baik dan tak pernah nak merungut
dan nak berkira pasal cuti..
anak2 pun dari berumur 2 bulan dia jaga..
susah hati ibu..
mulai esok terpaksalah ibu hantar hazim ke taska..
tak tahu la mcm mn..
sedih rasanya bila kak nobi kata yang dia tak boleh nak mengasuh lg...
kepada kak nobi terima kasih atas jasa baik kak nobi..
terima kasih atas jagaan baik kak.nobi kepada anak2 bertuah..
semoga kak nobi cepat sembuh...
aminn....

Friday, January 8, 2010

melayan permintaan....

Atas permintaan anak2 bertuah yang mengajak ke taman jubli pagi tadi...
seronok tol dpt main...



Thursday, January 7, 2010

Adik ku...

Baru sekejap tadi,
mak menelefon memberitahu
adik lelakiku
dipanggil utk mendaftar masuk ke HKL
utk menjalani pembedahan utk
membuang tumor dimata sebelah kirinya
pada esok hari...
sepatutnya di jadualkan pembedahan akan di lakukan pada
15 januari ini....
macam2 perasaan yang aku rasa sekarang ni...
takut dan sedih.....
Semoga Allah SWT melancarkan perjalanan pembedahan
yang akan dijalankan esok...
Pada adikku, tadi aku berpesan berdoalah kepada Allah SWT....
Semoga selamat...
Hanya Kepada DIA tempat kita memohon segalanya...

Wednesday, January 6, 2010

Renungan diri..

Rasulullah SAW bersabda kepada menantunya, Ali r.a. , " Wahai ‘Ali, setiap sesuatu pasti ada penyakitnya.

Penyakit bicara adalah bohong,
penyakit ilmu adalah lupa,
penyakit ibadah adalah riya’,
penyakit akhlaq mulia adalah kagum kepada diri sendiri,
penyakit berani adalah menyerang,
penyakit dermawan adalah mengungkap pemberian,
penyakit tampan adalah sombong,
penyakit bangsawan adalah membanggakan diri,
penyakit malu adalah lemah,
penyakit mulia adalah menyombongkan diri,
penyakit kaya adalah kikir,
penyakit royal adalah hidup mewah, dan
penyakit agama adalah nafsu yang diperturutkan…."

Ketika berwasiat kepada ‘Ali bin Abi Thalib r.a. Rasulullah SAW bersabda, "Wahai ‘Ali, orang yang riya’ itu punya tiga ciri, iaitu : rajin beribadah ketika dilihat orang, malas ketika sendirian dan ingin mendapat pujian dalam segala perkara. "

Wahai ‘Ali, jika engkau dipuji orang, maka berdoalah, " Ya Allah, jadikanlah diriku lebih baik daripada yang dikatakannya, ampunilah dosa-dosaku yang tersembunyi darinya, dan janganlah kata-katanya mengakibatkan siksaan bagiku…"

Ketika ditanya bagaimana cara mengubati hati yang sedang resah dan gundah gulana, Ibnu Mas’ud r.a berkata, " Dengarkanlah bacaan Al-Qur’an atau datanglah ke majlis-majlis zikir atau pergilah ke tempat yang sunyi untuk berkhalwat dengan Allah SWT Jika belum terubati juga, maka mintalah kepada Allah SWT hati yang lain, kerana sesungguhnya hati yang kamu pakai bukan lagi hatimu…"

Ya Allah... ampunkanlah segala dosa-dosaku...

Monday, January 4, 2010

anakku...

Hari ni gi bawa haziq jumpa child specialist utk follow up.
Alhamdulillah dah berkurangan sikit,
tapi masih lg perlu teruskan antibiotic....
Demam pun last tadi dalam pukul 4 pm ( 38.4 )
Alhamdulillah lps bg syp pcm dah kebah...

Sunday, January 3, 2010

anakku....

Hari ni hari pertama haziq bersekolah. Tapi kesian anak ibu.. demamnya masih belum kebah... dari hari jumaat hari tu.... ini disebabkan tonsilitis...
Bila ditanya seronok tak pegi sekolah....
cikgu ajar apa ari ni.....
abg dah kenal kawan baru ke.....
Jawapannya cuma satu...
" Abg sakit tekak "
Kesian anak ibu.....
Semoga Allah SWT cepat menyembuhkan anakku..
AMIN......