Saturday, October 31, 2009

RENUNGAN BUAT ISTERI...






Isteri dalam suatu rumah tangga memiliki peranan penting, disamping wajib mentaati suami, Isteri adalah tempat menghilang rasa lelah dan payah suami. Maka dalam tulisan pendek ini ada beberapa renungan buat Si isteri agar rumah tangga itu tetap berbahagia, dan harmoni.

Wahai Isteri ....

1. Apakah akan membahayakan dirimu, kalau anda menemui suamimu dengan wajah yang berseri, dihiasi senyum yang manis di saat dia masuk rumah.?

2. Apakah memberatkanmu, apabila anda menghapus debu dari wajahnya, kepala, dan baju serta mengecup pipinya.?!!

3. Apakah anda akan merasa sulit, jika anda menunggu sejenak di saat dia memasuki rumah, dan tetap berdiri sampai dia duduk.!!!

4. Mungkin tidak akan menyulitkanmu, jika anda berkata kepada suami : Alhamdulillah atas keselamatan Kanda, kami sangat rindu kedatanganmu, selamat datang kekasihku.

5. Berdandanlah untuk suamimu -harapkanlah pahala dari Allah di waktu anda berdandan itu, kerana Allah itu Indah dan mencintai keindahan- pakailah parfum, dan bermake up-lah, serta pakailah busana yang paling indah untuk menyambut suamimu.

6. Janganlah anda mendengar dan menghiraukan perosak dan pengacau yang akan merosak dan mengacaukan keharmonianmu dengan suami.

7. Janganlah selalu tampak sedih dan gelisah, akan tetapi berlindunglah kepada Allah dari rasa gelisah, sedih, malas dan lemah.

8. Janganlah berbicara terhadap laki-laki lain dengan lemah-lambut, sehingga menyebabkan orang yang di hatinya ada penyakit mendekatimu dan mengira hal-hal yang jelek terhadap dirimu.

9. Selalulah berada dalam keadaan lapang dada, hati tenteram, dan ingat kepada Allah setiap saat.

10. Ringankanlah suamimu dari setiap keletihan, kepedihan dan musibah serta kesedihan yang menimpanya.

11. Suruhlah suamimu untuk berbakti kepada ibu bapanya.

12. Didiklah anak-anakmu dengan baik. Isilah rumah dengan tasbih, tahlil, tahmid, dan takbir, perbanyaklah membaca Al-Quran terutama surat Al-Baqarah, kerana surat itu dapat mengusir syaitan.

13. Hilangkanlah dari rumahmu foto-foto, alat-alat musik dan alat-alat yang bisa merosak agama.

14. Bangunkanlah suamimu untuk melaksanakan solat malam, doronglah dia untuk melakukan puasa sunat, ingatkan dia akan keutamaan bersedekah, dan jangan anda menghalanginya untuk menjalin hubungan siraturrahim dengan karib kerabatnya.

15. Perbanyaklah beristighfar untuk dirimu, suamimu, serta kedua orang tua dan seluruh kaum muslimin. Berdoalah kepada Allah, agar dianugerahkan keturunan yang baik, niat yang baik serta kebaikan dunia dan akhirat. Ketahuilah sesungguhnya Rabbmu Maha Mendengar doa dan mencintai orang yang nyinyir dalam meminta. Allah berfirman:Dan Rabbmu berkata : serulah Aku niscaya Aku penuhi doamu (Al-Ghafir : 60).

Diambil dari kitab Fiqh pergaulan suami istri oleh Syeikh Mushtofa Al Adawi.

Monday, October 26, 2009

KUNCI....




KUNCI HATI YANG TERTUTUP..

Menurut Imam Al-Ghazali :Dalam Kitabnya Ihya’ Ulumuddin




+ Mengutamakan mujahadah – iaitu berjuang melawan kehendak nafsu yang menyeleweng dari jalan Allah SWT.




+ Menghapuskan semua sifat-sifat mazmumah – iaitu sifat peribadi yang tercela.




+ Menjauhi maksiat – iaitu perkara yang bolehmengotori hati seperti berzina, mencuri dan sebagainya.




+ Banyak bertawakal kepada Allah – iaitu pergantungan sepenuhnya kepada Allah SWT.




+ Zuhud – iaitu meninggalkan kecintaan kepada keduniaan yang melampau atau perkara yang melalaikan.




+ Ikhlas kepada Allah – iaitu dengan keikhlasan itu hati akan suci dan bersih lalu dipenuhi ‘nur’.




+ Membaca al-Qur’an – Selalu membacanya kerana dgnnya akan terbuka sinar hati dan akan mudah menerima ilmu.




+ Berusaha menjauhi tuntutan syaitan – Syaitan musuh no satu manusia.




+ Merujuk kepada Al-Qur’an dan Hadis – Kedua-duanya adalah sumber rujukan yang terulung dan sempurna kepada akal manusia.




+ Mengamalkan ilmu yang dipelajari – Ilmu perlu diamalkan.

Wednesday, October 21, 2009

jiwa


Tertawa yang sekadarnya akan membuat jiwa


menjadi lapang,memperkuatkan hati,


menghilangkan kebosanan, meningkatkan semangat bekerja


serta menjernihkan fikiran...

Monday, October 19, 2009

Kata - kata....




Anda mungkin mempelajari sesuatu jika membacanya.....




  • Bersedekahlah kepada orang lain lebih drp yang mereka perlukan dan lakukanlah dengan penuh kerelaan.


  • Usahlah mempercayai segala perkara yang anda dengari. Berbelanjalah sekadar apa yang ada.


  • Apabila anda berkata "aku cinta padamu" maka tunaikanlah. Apabila anda mengatakan "maaf", tenunglah matanya.


  • Usahlah tertawakan impian orang lain.Manusia tanpa impian tidak memiliki apa2.


  • Cintailah seseorang dgn sepenuh hati dan penuh kasih sayang. Sesungguhnya anda akan berasa seolah-olah diri anda terseksa,tetapi percayalah itu adalah satu2nya untuk melengkapkan kehidupan ini.


  • Berbicaralah dengan tenang dan berfikirlah dengan pantas.


  • Apabila seseorang bertanyakan satu soalan yang tidak anda gemari, lontarkanlah senyuman dan bertanyalah padanya " kenapa anda ingin tahu?"


  • Ingatlah bahawa cinta dan pencapaian yang besar akan melibatkan pengorbanan dan risiko yang besar.


  • Apabila anda kerugian, janganlah jadi kurang ajar.


  • Usah benarkan pertikaian yang sebesar hama merosakkan sebuah persahabatan yang besar.


  • Apabila menyedari bahawa anda telah melakukan kesalahan, usahlah berlengah untuk memperbetulkan kesalahan itu...

Friday, October 16, 2009

anak2 bertuah demam...

Semalam masa tgh keje, k.nobi ( pengasuh anak) anta sms " anak2 demam".
Kalut juga le. Abis je keje terus cepat2 amik anak.
Mlm td suhu bdn anak mendadak dr yang sepatutnya. Meragam le...
Terpaksa le ibu amik EL ari ni.....
kecoh bergambo dgn ikan seblm dibakar, rajin plak nak buat ikan bakar... yelah anak2 bertuah tak berapa sihat...tak mau bg mknn yg berminyak sgt...
wajah ceria anak2 bertuah walaupun demam... br lepas makan ubat ni, tu yg ceria...

ikan bakar simple...emm.. air asam tu utk ibu n ayah.....






sup ayam simple untuk anak2 bertuah, org kata sup ayam elok kalau tgh demam.

Thursday, October 15, 2009

teringat aksi anak2 bertuah ibu...

syoknye tgk gambo anak2 bertuah ibu, byk sgt gambo...
nanti la nanti upload lg.. dah ngantuk le..
cari ape tu abg ? hai...




hazim.....

kat umah tok, masa ni umur haziq 7 bulan..

ada pe atas hidung haziq tu?

he..he...sengih nampak gigi 2 btg...

Tuesday, October 13, 2009

kisah pisang...



Maryam, guru kelas tadika menganjurkan satu permainan yang sungguh menarik untuk murid2nya. Setiap murid diminta membawa beg plastik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang dibenci ke kelas pada esok hari.Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung pada jumlah orang yang dibenci.Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastik berisi pisang masing2.

Ada yang membawa 3 biji, 5 biji, dan yang paling banyak 8 biji.Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling dibenci. "Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa kemana sahaja kamu pergi selama seminggu. Inilah permainannya.Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya" beritahu cikgu Maryam.Kanak2 tersebut menyimpan pisang masing2 didalam beg.

Hari demi hari berlalu,pisang tersebut mula berbintik-bintik dan akhirnya menjadi busuk.Kanak2 itu mula merungut dan marah. Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat ia berbau busuk. Ada yang menangis,enggan meneruskan permainan..

Seminggu berlalu, pagi2 lagi murid2 Maryam sudah bersorak. Permainan sudah tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk.

"Okey semua,apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama seminggu?" tanya cikgu Maryam. Semua serentak mengatakan mereka benci permainan itu. Mereka hilang kawan, dipinggirkan dan sering diejek. Lebih teruk lagi,terpaksa tidur,makan,main dan menonton tv dengan bau busuk.

"itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang lain dalam hati.Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan membawanya kemana saja kita pergi.Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu,cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu" beritahu cikgu maryam.

Maryam mengingatkan anak muridnya supaya membuang jauh2 perasaan benci daripada membebani hidup mereka.Kemaafan adalah yang terbaik.

Menyayangi adalah lebih baik dari membenci...!!!

kenangan..

Tahun 2009,bercuti ke cameron highland...
tahun depan tak tau lagi nak kemana...



anak2 bertuah berposing...





pilih-pilih cari teh...

asyik main je anak2 bertuah ni.....




petik strawberry...


makan sundae..



Tahun2008, bercuti ke Langkawi.
banyak sgt gambo, upload sikit2 jer..







anak2 bertuah syok tgk burung...



haziq tgh dok termenung...


jalan2 kat dataran lang..

anak2 bertuah ni lebih seronok main dari makan...





















Sunday, October 11, 2009

Nilai sebuah senyuman..

- ia tidak perlu dibayar, tapi mendatangkan banyak faedah.

- ia adalah sedekah yang menambah keceriaan penerima tanpa mengurangkan pemberinya.

- ia terjadi dalam sedetik tetapi boleh meninggal kesan selama-lamanya.

- ia mencipta keriangan di rumah, memupuk perhubungan baik dalam pekerjaan dan jambatan sebuah perhubungan.

- ia adalah ketenangan kepada pemberi, harapan kepada yang kecewa,cahaya kepada yang bersedih dan menjadi pelindung semulajadi terbaik daripada kesusahan.

- ia tidak boleh dibeli, diminta, dipinjam atau dicuri kerana ia adalah sesuatu yang tiada faedah melainkan setelah diberikan kepada orang lain.

- Tiada insan yang terlalu kaya hingga tidak memerlukannya lagi, juga tiada insan yang terlalu miskin hingga tidak mampu memberikannya lagi.


- oleh itu senyumlah selalu...... In Love










Friday, October 9, 2009

Tips motivasi kerja dari Dr Fadhilah Kamsah

"Ada orang datang ke pejabat dengan perasaan penuh gembira dan ceria, ada datang dengan perasaan biasa dan ada datang dengan perasaan serba tak kena...

Ingatlah, sesiapa yang datang hanya dengan perasaan biasa saja, hasilnya adalah biasa saja. Sesiapa yang datang dengan ceria, hasilnya akan jadi lebih dari biasa ataupun luar biasa. Bekerjalah dengan ceria agar menghasilkan produktiviti yang luar biasa yang akan mengembirakan orang di sekeliling kita. Semoga hasil itu akan mendapat keberkatan insyaAllah..."-- Datuk Dr Fadilah Kamsah.


Jadi renungilah:-
  1. Ada antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggungjawab 'Datang Berkerja' tapi hasilnya macam kita 'Tak datang kerja'.
  2. Adakala kita rasa kita 'busy ', tapi rupanya kita hanya 'kelam kabut'.
  3. Adakala kita rasa kita 'prihatin', tapi rupanya kita 'busy body'.
  4. Adakala kita rasa kita 'openminded' and 'outspoken', tapi rupanya kita kurang peng'ajar'an.
  5. Adakala kita rasa kita berpemikiran 'kritis',tapi rupanya kita hanya lebih 'kritik' yang mencipta 'krisis'.
  6. Adakala kita rasa kita ingin menjadi lebih 'mesra', tapi rupanya kita dilihat lebih 'mengada'.
  7. Adakala kita suka bertanya 'kenapa dia ni mcm takde keje', adalah lebih baik kita tanya ' apa lagi keje yang boleh aku buat'.

Pejam mata dan renunglah diri, kalau kita perlu melakukan anjakan paradigma, maka lakukan segera, tapi manusia tetap manusia, sukar untuk berubah kerana kita selalu beranggapan kita lebih baik, adakah dengan merasakan itu kita sememangnya yang terbaik?

Maka untuk itu, mari kita mula senyum,ceria,mesra sesama kita dan tingkatkan kerjasama dalam kerja, tak rugi kita semai rasa kekeluargaan dalam tugasan,kalau kita kurang kerja,carilah kerja membantu teman2 yang lain.

Tak dapat gaji lebih pun takpe sebab pahala dapat, tapi kalau kita asyik dengki mengdengki,nasib la sebab dah ditentukan jalan yang sukar itu kita pilih....

Renungilah, berapa orang kawan kita dan berapa orang lawan kita,nescaya itu la pengukur diri yang sebaiknya........

Thursday, October 8, 2009

kerja......

ni le roster kami. Serabut....

sistem THIS semua la ni link ngan benda ni....




barang kena sentiasa ada dalam poket.....



hourly observation....



mantain jer...



sempat gak amik gambar sendiri malam tadi...


Semalam kena standby on call, ingatkan tak kena panggil, rupanya last minute dalam pukul 7.30pm dipanggil buat kerja malam. Sabo jer ler....
"Mudah ke kerja sbg jururawat ni?", bagi saya memang tak mudah tp dah semat dalam hati kerja kena ikhlas. Stress gak cuti tak menentu. Bebanan kerja tu tak usah cakaplah...memang banyak. Sekarang ni nak cuti lebih sikit pun payah dapat. Tapi tak pe la...yang penting Ikhlas...
Love Song Morph Blings Heart Glasses Heart Shell