Sunday, October 4, 2009

SEKADAR RENUNGAN.......


Mungkin tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah disebalik pemberian tersebut.

Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka tapi lazimnya, kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang telah pun dibukakan untuk kita....

Kawan yang paling baik ialah seseorang yang boleh duduk di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami. Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah ia datang.......

Memberi seseorang seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yang mereka akan menyintai anda kembali. Jangan mengharap cinta sebagai balasan....nantikan sahaja ia untuk mekar didalam hati mereka.... tetapi sekiranya tidak ...pastikan ia terus mekar didalam hati anda..... ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi i amengambil masa sepanjang hidup untuk melupai seseorang......

Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri anda menarik...percubaan yang cukup untuk membuatkan diri anda kuat....kesedihan yang cukup untuk memastikan anda adalah seorang insan... dan harapan yang cukup untuk membuatkan anda bahagia....

Selalu bayangkan diri anda didalam kasut seseorang....jika anda rasa ianya menyakitkan anda..fikirlah...ia mungkin menyakitkan orang lain juga.....

Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala yang terbaik...mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa saja yang hadir dalam perjalanan hidup mereka.. Kabahagiaan terletak pada mereka yang menangis...mereka yang terluka...mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba...Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup mereka......

Cinta bermula dengan senyuman....mekar dengan ciuman dan berakhir dengan tangisan...masa depan yang cerah sentiasa berteraskan pada kehidupan lalu yang telah dilupakan...anda tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga anda melupakan kegagalan dan kekecewaaan masa silam... semasa anda dilahirkan,anda menangis dan orang disekeliling anda tersenyum, teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati nanti, andalah yang akan tersenyum dan orang disekeliling anda pula yang akan menangis.....

No comments:

Post a Comment