Friday, October 9, 2009

Tips motivasi kerja dari Dr Fadhilah Kamsah

"Ada orang datang ke pejabat dengan perasaan penuh gembira dan ceria, ada datang dengan perasaan biasa dan ada datang dengan perasaan serba tak kena...

Ingatlah, sesiapa yang datang hanya dengan perasaan biasa saja, hasilnya adalah biasa saja. Sesiapa yang datang dengan ceria, hasilnya akan jadi lebih dari biasa ataupun luar biasa. Bekerjalah dengan ceria agar menghasilkan produktiviti yang luar biasa yang akan mengembirakan orang di sekeliling kita. Semoga hasil itu akan mendapat keberkatan insyaAllah..."-- Datuk Dr Fadilah Kamsah.


Jadi renungilah:-
  1. Ada antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggungjawab 'Datang Berkerja' tapi hasilnya macam kita 'Tak datang kerja'.
  2. Adakala kita rasa kita 'busy ', tapi rupanya kita hanya 'kelam kabut'.
  3. Adakala kita rasa kita 'prihatin', tapi rupanya kita 'busy body'.
  4. Adakala kita rasa kita 'openminded' and 'outspoken', tapi rupanya kita kurang peng'ajar'an.
  5. Adakala kita rasa kita berpemikiran 'kritis',tapi rupanya kita hanya lebih 'kritik' yang mencipta 'krisis'.
  6. Adakala kita rasa kita ingin menjadi lebih 'mesra', tapi rupanya kita dilihat lebih 'mengada'.
  7. Adakala kita suka bertanya 'kenapa dia ni mcm takde keje', adalah lebih baik kita tanya ' apa lagi keje yang boleh aku buat'.

Pejam mata dan renunglah diri, kalau kita perlu melakukan anjakan paradigma, maka lakukan segera, tapi manusia tetap manusia, sukar untuk berubah kerana kita selalu beranggapan kita lebih baik, adakah dengan merasakan itu kita sememangnya yang terbaik?

Maka untuk itu, mari kita mula senyum,ceria,mesra sesama kita dan tingkatkan kerjasama dalam kerja, tak rugi kita semai rasa kekeluargaan dalam tugasan,kalau kita kurang kerja,carilah kerja membantu teman2 yang lain.

Tak dapat gaji lebih pun takpe sebab pahala dapat, tapi kalau kita asyik dengki mengdengki,nasib la sebab dah ditentukan jalan yang sukar itu kita pilih....

Renungilah, berapa orang kawan kita dan berapa orang lawan kita,nescaya itu la pengukur diri yang sebaiknya........

No comments:

Post a Comment