Tuesday, October 13, 2009

kisah pisang...



Maryam, guru kelas tadika menganjurkan satu permainan yang sungguh menarik untuk murid2nya. Setiap murid diminta membawa beg plastik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang dibenci ke kelas pada esok hari.Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung pada jumlah orang yang dibenci.Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastik berisi pisang masing2.

Ada yang membawa 3 biji, 5 biji, dan yang paling banyak 8 biji.Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling dibenci. "Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa kemana sahaja kamu pergi selama seminggu. Inilah permainannya.Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya" beritahu cikgu Maryam.Kanak2 tersebut menyimpan pisang masing2 didalam beg.

Hari demi hari berlalu,pisang tersebut mula berbintik-bintik dan akhirnya menjadi busuk.Kanak2 itu mula merungut dan marah. Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat ia berbau busuk. Ada yang menangis,enggan meneruskan permainan..

Seminggu berlalu, pagi2 lagi murid2 Maryam sudah bersorak. Permainan sudah tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk.

"Okey semua,apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama seminggu?" tanya cikgu Maryam. Semua serentak mengatakan mereka benci permainan itu. Mereka hilang kawan, dipinggirkan dan sering diejek. Lebih teruk lagi,terpaksa tidur,makan,main dan menonton tv dengan bau busuk.

"itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang lain dalam hati.Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan membawanya kemana saja kita pergi.Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu,cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu" beritahu cikgu maryam.

Maryam mengingatkan anak muridnya supaya membuang jauh2 perasaan benci daripada membebani hidup mereka.Kemaafan adalah yang terbaik.

Menyayangi adalah lebih baik dari membenci...!!!

No comments:

Post a Comment