Tuesday, November 3, 2009

Tanda2 berbohong..

Menyentuh hidung
Apabila seseorang itu berbohong, tisu-tisu erektil pada hidungnya akan dipenuhi darah menyebabkan ianya membesar. Fenomena ini juga dikenali sebagai kesan pinocchio. Jadi, apabila si dia bercakap dengan anda dan kerap menyentuh hidung yang tidak gatal, sebenarnya ada sesuatu yang diselindungkannya.


Menutup mulut
Ada sesetengah orang meletakkan tangan di atas mulut mereka apabila berbohong. Ini merupakan satu tindak balas automatik yang lahir dari segi psikologi kerana dari kecil lagi sudah dididik untuk tidakberbohong. Apabila mulut mengeluarkan kata-kata dusta, tangan cubamenghalangnya.


Gagap
Apabila seseorang yang bercakap lancar dan licin tiba-tiba gagapmerupakan tanda-tanda sedang mengalami tekanan emosi. Sekiranya tiadaapa-apa petunjuk bahawa tekanan ini disebabkan perkara lain seperti sedih, pilu, marah dan sebagainya, kemungkinan besar orang tersebut berbohong. Jadi, jika anda bertanya pada teman lelaki/suami anda dan sidia gagap untuk menjawabnya, maka anda tahu membuat kesimpulan atas tindakannya itu.


Pergerakan mata
Orang yang berbohong akan cuba meyakinkan pendengarnya dengan memandangtepat pada mata mangsa. Oleh itu,sekiranya kelipan mata berkurangandari kadar biasa, ini mungkin tanda berbohong. Sebaliknya, ada jugakeadaan dimana sekiranya mata seseorang itu tiba-tiba berkedip denganbanyaknya, ini merupakan tanda-tanda tekanan perasaan yangberkemungkinan disebabkan berbohong juga. Kerlipan mata yang normal sahaja menunjukkan dirinya tidak berbohong.


Melengah-lengahkan jawapan
Orang yang berbohong perlu berfikir sebentar untuk mereka cipta pembohongannya. Berfikir terlalu lama, berdehem, batuk dan sebagainyamerupakan tanda-tanda bahawa orang tersebut mungkin berdusta.


Resah
Orang yang berdusta kerap gelisah dan mengubah-ubah posturnya. Apabilaseseorang yang dalam keadaan tenang tiba-tiba sahaja menjadi resah dantidak senang duduk apabila berhadapan dengan sesuatu soalan, ini berkemungkinan merupakan bahawa seseorang itu sedang berbohong.

Kesimpulannya, sekiranya kita ingin mengesan sama ada seseorang itu berbohong, kita perlu sentiasa memerhatikan air muka dan gerak badannya dengan teliti. Body language sudah boleh menunjukkan sama ada dirinya berbohong atau tidak. Sebarang perubahan dari keadaan normal mungkinmerupakan tanda orang tersebut berbohong. Wallahua’lam..

No comments:

Post a Comment