Wednesday, October 7, 2009

arnab kami



Sangkar arnab buatan hubby...





Anak2 bertuah tgh dok asyik tengok arnab....




  • Abang le yang rajin sgt nak bela arnab... dulu masa beli tauke tu kata 1 jantan 2 betina tp dah dekat 6 bulan tak membiak pun lg... entah2 semua sama jantinanye....



Tuesday, October 6, 2009

Kelebihan bismillah


  1. Yang pertama ditulis Qalam adalah Bismillah. Maka apabila kamu menulis sesuatu, maka tulislah Bismillah pada awalnya kerana tertulis setiap wahyu yang Allah turunkan kepada Jibrail.
  2. 'Bismillah untukmu dan umahmu,suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan Bismillah. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak Bismillah diturunkan kepada Adam' ( Hadith Qudsi )
  3. Tatkala Bismillah diturunkan kedunia, maka semua awan berlari kearah barat,angin terdiam,air laut bergelora,mendengarkan seluruh binatang dan terlempar semua syaitan.
  4. Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah Bismillah itu dibacakan pada orang sakit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah bismillah dibacakan diatas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya.
  5. Barang siapa yang ingin hidaup bahagia dan mati syahid, maka bacalah Bismillah setiap kali memulakan sesuatu pakara yang baik.
  6. Taip huruf Bismillah ada junnah (penjaga/khadam) hingga tiap huruf berkata,' siapa yang membaca Bismillah maka kamilah kekuatannya dan kamilah kehebatannya.'
  7. Barangsiapa yang memuliakan tulisan Bismillah nescaya Allah akan mengangkat namanya disyurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya.
  8. Barang siapa yang membaca Bismillah maka akan bertasbihlah segala gunung kepadanya.
  9. Barangsiapa yang membaca Bismillah sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, maka akan terpelihara dari gangguan syaitan,kecurian dan kebakaran,maut mendadak dan bala.
  10. Barangsiapa yang membaca Bismillah sebanyak 50 kali dihadapan orang yang zalim,hinalah dan masuk ketakutan dalam hati sizalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada si pembaca.

Monday, October 5, 2009

jurnal jalan kehidupan

Kehidupan ini dipenuhi dengan seribu macam kemanisan tetapi untuk mencapainya perlu seribu pengorbanan.
Sekali anda terjatuh, jangan jatuh berkali-kali.
Setiap kali tersadung, ingatlah kita tidak mahu terjatuh lagi.
Hidup biarlah berbakti, walaupun tidak di puji.
Hidup ini adalah warna-warni yang terlakar pada kanvas, walaupun tidak cantik ia tetap mempunyai sejuta maksud.
Tidak ada manusia yang hidup untuk gagal. tetapi tidak merancang adalah merancang untuk gagal.
Andai hidup punca perpisahan, biarlah mati menyambungnya semula.Namun seandainya mati punca perpisahan, biarlah hidup ini membawa erti yang nyata.

Sunday, October 4, 2009

SEKADAR RENUNGAN.......


Mungkin tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah disebalik pemberian tersebut.

Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka tapi lazimnya, kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang telah pun dibukakan untuk kita....

Kawan yang paling baik ialah seseorang yang boleh duduk di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami. Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah ia datang.......

Memberi seseorang seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yang mereka akan menyintai anda kembali. Jangan mengharap cinta sebagai balasan....nantikan sahaja ia untuk mekar didalam hati mereka.... tetapi sekiranya tidak ...pastikan ia terus mekar didalam hati anda..... ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi i amengambil masa sepanjang hidup untuk melupai seseorang......

Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri anda menarik...percubaan yang cukup untuk membuatkan diri anda kuat....kesedihan yang cukup untuk memastikan anda adalah seorang insan... dan harapan yang cukup untuk membuatkan anda bahagia....

Selalu bayangkan diri anda didalam kasut seseorang....jika anda rasa ianya menyakitkan anda..fikirlah...ia mungkin menyakitkan orang lain juga.....

Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala yang terbaik...mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa saja yang hadir dalam perjalanan hidup mereka.. Kabahagiaan terletak pada mereka yang menangis...mereka yang terluka...mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba...Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup mereka......

Cinta bermula dengan senyuman....mekar dengan ciuman dan berakhir dengan tangisan...masa depan yang cerah sentiasa berteraskan pada kehidupan lalu yang telah dilupakan...anda tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga anda melupakan kegagalan dan kekecewaaan masa silam... semasa anda dilahirkan,anda menangis dan orang disekeliling anda tersenyum, teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati nanti, andalah yang akan tersenyum dan orang disekeliling anda pula yang akan menangis.....

Saturday, October 3, 2009

Tahun ni raya di rumah mak mentua....


Raya tahun ini, Alhamdulillah dapat cuti walaupun cuti lepas kerja malam.





Friday, October 2, 2009

Wednesday, September 30, 2009

hari raya tahun 2006, kene kerja gak....tak amik gambo ibu pun.... Crying 2
hari raya tahun 2007, sebelah petang, maklumlah kene kerja pagi.
*gambar tahun 2005 tak de sebab masih lagi kerja kat hosp langkawi, 2008,2009 nanti nak edit lain......