Monday, November 9, 2009
Saturday, November 7, 2009
Penawar di kala kepenatan.....

Tuesday, November 3, 2009
Tanda2 berbohong..
Apabila seseorang itu berbohong, tisu-tisu erektil pada hidungnya akan dipenuhi darah menyebabkan ianya membesar. Fenomena ini juga dikenali sebagai kesan pinocchio. Jadi, apabila si dia bercakap dengan anda dan kerap menyentuh hidung yang tidak gatal, sebenarnya ada sesuatu yang diselindungkannya.
Menutup mulut
Ada sesetengah orang meletakkan tangan di atas mulut mereka apabila berbohong. Ini merupakan satu tindak balas automatik yang lahir dari segi psikologi kerana dari kecil lagi sudah dididik untuk tidakberbohong. Apabila mulut mengeluarkan kata-kata dusta, tangan cubamenghalangnya.
Gagap
Apabila seseorang yang bercakap lancar dan licin tiba-tiba gagapmerupakan tanda-tanda sedang mengalami tekanan emosi. Sekiranya tiadaapa-apa petunjuk bahawa tekanan ini disebabkan perkara lain seperti sedih, pilu, marah dan sebagainya, kemungkinan besar orang tersebut berbohong. Jadi, jika anda bertanya pada teman lelaki/suami anda dan sidia gagap untuk menjawabnya, maka anda tahu membuat kesimpulan atas tindakannya itu.
Pergerakan mata
Orang yang berbohong akan cuba meyakinkan pendengarnya dengan memandangtepat pada mata mangsa. Oleh itu,sekiranya kelipan mata berkurangandari kadar biasa, ini mungkin tanda berbohong. Sebaliknya, ada jugakeadaan dimana sekiranya mata seseorang itu tiba-tiba berkedip denganbanyaknya, ini merupakan tanda-tanda tekanan perasaan yangberkemungkinan disebabkan berbohong juga. Kerlipan mata yang normal sahaja menunjukkan dirinya tidak berbohong.
Melengah-lengahkan jawapan
Orang yang berbohong perlu berfikir sebentar untuk mereka cipta pembohongannya. Berfikir terlalu lama, berdehem, batuk dan sebagainyamerupakan tanda-tanda bahawa orang tersebut mungkin berdusta.
Resah
Orang yang berdusta kerap gelisah dan mengubah-ubah posturnya. Apabilaseseorang yang dalam keadaan tenang tiba-tiba sahaja menjadi resah dantidak senang duduk apabila berhadapan dengan sesuatu soalan, ini berkemungkinan merupakan bahawa seseorang itu sedang berbohong.
Kesimpulannya, sekiranya kita ingin mengesan sama ada seseorang itu berbohong, kita perlu sentiasa memerhatikan air muka dan gerak badannya dengan teliti. Body language sudah boleh menunjukkan sama ada dirinya berbohong atau tidak. Sebarang perubahan dari keadaan normal mungkinmerupakan tanda orang tersebut berbohong. Wallahua’lam..
Saturday, October 31, 2009


Isteri dalam suatu rumah tangga memiliki peranan penting, disamping wajib mentaati suami, Isteri adalah tempat menghilang rasa lelah dan payah suami. Maka dalam tulisan pendek ini ada beberapa renungan buat Si isteri agar rumah tangga itu tetap berbahagia, dan harmoni.
Wahai Isteri ....
1. Apakah akan membahayakan dirimu, kalau anda menemui suamimu dengan wajah yang berseri, dihiasi senyum yang manis di saat dia masuk rumah.?
2. Apakah memberatkanmu, apabila anda menghapus debu dari wajahnya, kepala, dan baju serta mengecup pipinya.?!!
3. Apakah anda akan merasa sulit, jika anda menunggu sejenak di saat dia memasuki rumah, dan tetap berdiri sampai dia duduk.!!!
4. Mungkin tidak akan menyulitkanmu, jika anda berkata kepada suami : Alhamdulillah atas keselamatan Kanda, kami sangat rindu kedatanganmu, selamat datang kekasihku.
5. Berdandanlah untuk suamimu -harapkanlah pahala dari Allah di waktu anda berdandan itu, kerana Allah itu Indah dan mencintai keindahan- pakailah parfum, dan bermake up-lah, serta pakailah busana yang paling indah untuk menyambut suamimu.
6. Janganlah anda mendengar dan menghiraukan perosak dan pengacau yang akan merosak dan mengacaukan keharmonianmu dengan suami.
7. Janganlah selalu tampak sedih dan gelisah, akan tetapi berlindunglah kepada Allah dari rasa gelisah, sedih, malas dan lemah.
8. Janganlah berbicara terhadap laki-laki lain dengan lemah-lambut, sehingga menyebabkan orang yang di hatinya ada penyakit mendekatimu dan mengira hal-hal yang jelek terhadap dirimu.
9. Selalulah berada dalam keadaan lapang dada, hati tenteram, dan ingat kepada Allah setiap saat.
10. Ringankanlah suamimu dari setiap keletihan, kepedihan dan musibah serta kesedihan yang menimpanya.
11. Suruhlah suamimu untuk berbakti kepada ibu bapanya.
12. Didiklah anak-anakmu dengan baik. Isilah rumah dengan tasbih, tahlil, tahmid, dan takbir, perbanyaklah membaca Al-Quran terutama surat Al-Baqarah, kerana surat itu dapat mengusir syaitan.
13. Hilangkanlah dari rumahmu foto-foto, alat-alat musik dan alat-alat yang bisa merosak agama.
14. Bangunkanlah suamimu untuk melaksanakan solat malam, doronglah dia untuk melakukan puasa sunat, ingatkan dia akan keutamaan bersedekah, dan jangan anda menghalanginya untuk menjalin hubungan siraturrahim dengan karib kerabatnya.
15. Perbanyaklah beristighfar untuk dirimu, suamimu, serta kedua orang tua dan seluruh kaum muslimin. Berdoalah kepada Allah, agar dianugerahkan keturunan yang baik, niat yang baik serta kebaikan dunia dan akhirat. Ketahuilah sesungguhnya Rabbmu Maha Mendengar doa dan mencintai orang yang nyinyir dalam meminta. Allah berfirman:Dan Rabbmu berkata : serulah Aku niscaya Aku penuhi doamu (Al-Ghafir : 60).
Diambil dari kitab Fiqh pergaulan suami istri oleh Syeikh Mushtofa Al Adawi.
Monday, October 26, 2009
KUNCI....


Menurut Imam Al-Ghazali :Dalam Kitabnya Ihya’ Ulumuddin
Wednesday, October 21, 2009
jiwa
Monday, October 19, 2009
Kata - kata....

- Bersedekahlah kepada orang lain lebih drp yang mereka perlukan dan lakukanlah dengan penuh kerelaan.
- Usahlah mempercayai segala perkara yang anda dengari. Berbelanjalah sekadar apa yang ada.
- Apabila anda berkata "aku cinta padamu" maka tunaikanlah. Apabila anda mengatakan "maaf", tenunglah matanya.
- Usahlah tertawakan impian orang lain.Manusia tanpa impian tidak memiliki apa2.
- Cintailah seseorang dgn sepenuh hati dan penuh kasih sayang. Sesungguhnya anda akan berasa seolah-olah diri anda terseksa,tetapi percayalah itu adalah satu2nya untuk melengkapkan kehidupan ini.
- Berbicaralah dengan tenang dan berfikirlah dengan pantas.
- Apabila seseorang bertanyakan satu soalan yang tidak anda gemari, lontarkanlah senyuman dan bertanyalah padanya " kenapa anda ingin tahu?"
- Ingatlah bahawa cinta dan pencapaian yang besar akan melibatkan pengorbanan dan risiko yang besar.
- Apabila anda kerugian, janganlah jadi kurang ajar.
- Usah benarkan pertikaian yang sebesar hama merosakkan sebuah persahabatan yang besar.
- Apabila menyedari bahawa anda telah melakukan kesalahan, usahlah berlengah untuk memperbetulkan kesalahan itu...
Friday, October 16, 2009
anak2 bertuah demam...
Thursday, October 15, 2009
teringat aksi anak2 bertuah ibu...
Tuesday, October 13, 2009
kisah pisang...

Maryam, guru kelas tadika menganjurkan satu permainan yang sungguh menarik untuk murid2nya. Setiap murid diminta membawa beg plastik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang dibenci ke kelas pada esok hari.Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung pada jumlah orang yang dibenci.Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastik berisi pisang masing2.
Ada yang membawa 3 biji, 5 biji, dan yang paling banyak 8 biji.Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling dibenci. "Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa kemana sahaja kamu pergi selama seminggu. Inilah permainannya.Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya" beritahu cikgu Maryam.Kanak2 tersebut menyimpan pisang masing2 didalam beg.
Hari demi hari berlalu,pisang tersebut mula berbintik-bintik dan akhirnya menjadi busuk.Kanak2 itu mula merungut dan marah. Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat ia berbau busuk. Ada yang menangis,enggan meneruskan permainan..
Seminggu berlalu, pagi2 lagi murid2 Maryam sudah bersorak. Permainan sudah tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk.
"Okey semua,apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama seminggu?" tanya cikgu Maryam. Semua serentak mengatakan mereka benci permainan itu. Mereka hilang kawan, dipinggirkan dan sering diejek. Lebih teruk lagi,terpaksa tidur,makan,main dan menonton tv dengan bau busuk.
"itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang lain dalam hati.Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan membawanya kemana saja kita pergi.Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu,cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu" beritahu cikgu maryam.
Maryam mengingatkan anak muridnya supaya membuang jauh2 perasaan benci daripada membebani hidup mereka.Kemaafan adalah yang terbaik.
Menyayangi adalah lebih baik dari membenci...!!!








